Apabila ‘Pilihanraya’ Menjadi Pencerobohan - KOMEN

Pada minggu terakhir para pemimpin BN dari seluruh Malaysia kini dilihat berhasrat menggunakan pelbagai taktik untuk memenangi pilihanraya negeri di Sarawak dengan cara menyogok pengundi-pengundi, ancaman-ancaman dan penipuan-penipuan secara terbuka.

Dalam masa beberapa hari lagi (seperti sebelum ini) BN akan melaksanakan tugas biasa mereka untuk menyaksikan ‘kemenangan’ setelah mereka mempersembahkan pantomime pilihanraya.

Tiada pemantauan yang berkesan, sememangnya, akan ditoleransikan – para pemimpin PR yang telah dibenarkan masuk ke Sarawak akan diberkas dan dihalau ke luar ari negeri itu pada 5hb Mei ini. Tiada alasan akan diberikan.

Beratus ribu undi pos dari bekas polis dan tentera dari Semenanjung Malaysa telah diedarkan untuk memperbaiki kekurangan pada mana-mana kerusi BN yang terumbang-ambing – dan kini suda terdapat 11 kerusi kecil-kecil untuk kawasan-kawasan luar Bandar, direka khas untuk mencukupkan majority 2/3.

Kemudian para kleptokrat ini akan mengucapkan tahniah di kalangan mereka sendiri dan boleh mendakwa bahawa mereka adalah pilihan rakyat, sebelum mereka bergegas ke luar untuk mengerjakan umrah di Mekah bagi mensucikan diri mereka dari dosa-dosa mereka.

Pilihanraya ini tiada kaitan dengan Najib? Adenan dilihat memberikan sembahan kepada bos UMNO-nya

Pilihanraya ini tiada kaitan dengan Najib? Adenan dilihat memberikan sembahan kepada bos UMNO-nya

Di mata dunia, ianya tidak bersih. Pilihanraya mencerminkan kejayaan atas hujan-hujan, bukan memperkudakan rakyat yang miskin.

Seperti yang dapat disaksikan oleh mana-mana pemerhati, sebab BN bersikap sedemikian adalah kerana mereka sendiri tahu dan takut bahawa mereka tidak boleh menangi dengan bermain di tanah yang rata. Mereka mengakui bahawa mereka sudah kehilangan sokongan rakyat, maka mereka menggunakan kekerasan ala samseng dalam pilihanraya ini.

Najib telah bekerja keras untuk memaksa Istana menyetujuinya mendapatkan ‘kuasa darurat’, yang telah dipersetujui oleh rakan-rakannya di parlimen, dengan kemungkinan bahawa peranannya mencuri dan merompak berbillion-billion wang awam akan dibuktikan oleh para penyiasat antarabangsa.

Sebahagian dari sekatan yang dilaksanakan adalah dengan menyerang kebebasan penggunaan media social, supaya dia dan partinya semasa pilihanraya di Sarawak tidak akan didedahkan pada perhatian dunia.

Semasa dia menjawat kedudukannya dalam tahun 2009, Najib telah menjanjikan ‘reformasi’ untuk menghapuskan sistem yang represif, yang direkanya khas untuk mempastikan para kleptokrat BN sentiasa berada pada kekuasaan mereka, dan menjadi semakin kaya.

Adenan Satem memainkan peranan sebagai pembawa reformasi yang sama seperti Najib sebaik sahaja dia menjawat jawatan Ketua Menteri di Sarawak.

Sama seperti ADenan, Najib telah meletakkan dirinya di tengah-tengah proses rasuah yang mencemari hidup dan kerjaya politiknya. Dalam masa kedua-dua mereka berpura-pura memandang ke hadapan, reformasi sebenar adalah dengan menukar kerajaan dan menamatkan pemerintahan kleptokrat untuk UMNO dan keluarga krooni mereka di Malaysia – terutamanya buat kedua-dua mereka.

Pilihanraya 2011 di Sarawak merupakan penggera pertama. Media atas talian yang bebas amat memainkan peranannya, di samping kemunculan seorang pemimpin pembangkang menerusi Anwar Ibrahim, telah menyebabkan BN semakin terhakis.

Andainya BN tidak mengawal kerusi-kerusi yang buruk di kawasan pedalaman, bekas ketua Menteri Taib Mahmud, mungkin telah kecundang.

Najib, pada masa itu juga menghadapi kritikan-kritikan dari para pendahulunya, menamatkan pilihanraya dengan cara menipu untuk menang pada tahun 2013.

Maka dia telah menggunakan wang yang dicurinya dari dana yang direkanya, 1MDB.
Najib telah menipu dalam pilihanraya umum 2013 yang lalu – dan hanya menang mudah. Tiba masanya untuk menyumbatkan Anwar ke penjara, sehingga kini.

Najib, si pembawa ‘perubahan’ telah mendapat pelajarannya pada tahun lalu, di mana jenayahnya di atas 1MDB telah didedahkan dan semakin diketahui umum, terima kasih pada fenomena media atas talian, yang jauh lebih percuma dari media cetak dan siaran kawalan BN.

Najib kemudian berubah dari seorang pembawa perubahan kepada seorang dictator ganas yang bereaksi, bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedudukan salahnya.

Lagipun, jika dia gagal dia tahun bahawa kuasa undang-undang akan digunakan ke atas dirinya … tidak termasuk kesalahan-kesalahannya di masa lalu yang seharusnya digunakan untuk tidak melayakkannya bertanding jawatan Perdana Menteri.

Tiada siapa yang akan berbangga dengan pilihanraya Sarawak yang menyedihkan. Isu sebenarnya adalah apakah yang harus dilakukan oleh Malaysia ke atas diri Najib dan keadaan mengejutkan pada BN?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments